Friday, 19 October 2012

Gempa bumi lemah berlaku di Mersing malam tadi


KUALA LUMPUR 30 Mac — Satu gempa bumi berukuran 3.2 pada skala Richter melanda Mersing, Johor pada pukul 9.43 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata gempa itu berpusat di 16km timur laut dari Mersing.
Gegaran kecil mungkin dirasai di sekitar kawasan itu, kata kenyataan itu. — BERNAMA