Wednesday, 28 March 2012

MPJ ditegur gagal selenggara Dataran Jasin

JASIN 27 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) ditegur kerana gagal menyelenggara dengan baik semua kemudahan yang terdapat di Dataran Jasin di sini.

Kekecewaan itu diluahkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik yang melakukan lawatan produk pelancongan di dataran tersebut di sini hari ini.

Menurutnya, sepanjang 23 program lawatan produk pelancongan yang dibuat sejak beberapa bulan lalu di di Melaka Tengah, Alor Gajah, Merlimau dan Sungai Rambai, Dataran Jasin disifatkan tempat yang paling teruk tidak terurus.

"Boleh dikatakan semua kemudahan di Dataran Jasin ini tidak diselenggarakan dengan baik. Sampaikan pokok pun boleh hidup di dalam longkang besar dan ini menunjukkan ia memang sudah lama tidak diselenggara.