Tuesday, 27 March 2012

Tanjung Bidara banyak tarikan


TANJUNG BIDARA 26 Mac - Strategi pembangunan oleh kerajaan negeri Melaka yang diterajui Barisan Nasional (BN) berupaya menjadikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara terus berkembang pesat dan maju terutama dalam sektor pelancongan.

Sehubungan itu, tidak hairanlah Tanjung Bidara cukup sinonim sebagai pantai perkelahan terkenal di negeri ini yang menjadi tarikan pengunjung sejak dahulu hingga sekarang.

Pantai Tanjung Bidara yang terletak berdekatan Kem Terendak dan hanya 10 minit perjalanan dari bandar Masjid Tanah merupakan pantai perkelahan yang terkenal di kalangan pelancong.

Keadaan pantainya yang landai menghadap Selat Melaka menjadi persaingan utama pantai di Port Dickson yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Masjid Tanah.

PPSPM ambil alih operasi Monorel Melaka

MELAKA 26 Mac - Selepas mengalami pelbagai kerosakan, operasi Monorel Melaka di Taman Rempah telah diambil alih pengurusannya oleh Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berkuatkuasa pada 5 Mac lalu.

Selain Monorel Melaka, PPSPM juga diberi tanggungjawab untuk menguruskan Private Park dan roda berputar Eye On Melaka yang terletak di Jalan Tun Ali, dekat sini.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Datuk Baharom Majid berkata, PPSPM diberi mandat untuk mengambil alih pengurusan Monorel Melaka, Private Park dan Eye On Melaka atas arahan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

"Ini kerana kedudukan Stesen Hang Jebat monorel ini berada di Taman Rempah yang terkenal dengan produk pelancongan bot Melaka River Cruise (MRC).

"Jadi, Ketua Menteri berpendapat adalah lebih mudah untuk PPSPM menguruskan Monorel Melaka dan kita telah mula menguruskan operasinya sejak 19 Mac lalu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rumah Mawi di Bandar Baru Bangi dirompak

2012/03/26

KUALA LUMPUR: Kediaman juara Akademi Fantasia musim ke-3, Mawi yang terletak di Bandar Baru Bangi dirompak, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 31, sedang berada di rumah bersama isteri, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin, 32, bersama anak dan ibu mertuanya.
Ekin ketika ini masih berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Cahaya Malaika, 28 Februari lalu.
Dalam insiden itu, Mawi dan ahli keluarganya diikat sebelum perompak berjaya melarikan barangan bernilai lebih RM10,000.

Promosi Marina Melaka ke global

MELAKA 25 Mac - Usaha menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini diteruskan dengan penganjuran Karnival Pelancongan Marina Melaka 2012 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Karnival yang diselitkan dengan pelbagai aktiviti sukan air termasuk pertandingan perahu layar, kayak dan perahu naga itu adalah antara suntikan kerajaan negeri bagi mencapai sasaran pelancong sebanyak 12 juta orang pada tahun ini.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, penganjuran karnival itu antara langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi mempromosi Marina Melaka sebagai salah sebuah perhentian pelayar-pelayar kapal di persada antarabangsa.

"Selat Melaka yang merupakan selat terpanjang dan tersibuk di dunia memberi kelebihan kepada negeri ini khasnya kepada Marina Melaka sebagai sebuah pusat perhentian yang wajib dikunjungi oleh para pelayar," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik pada majlis Pelancaran Karnival Pelancongan Marina Melaka 2012 di sini malam semalam.

Menariknya pada majlis pelancaran itu ialah selain pertunjukan fesyen batik oleh model tempatan, satu sesi peragaan batik kontemporari oleh pelancong antarabangsa turut diadakan.Menurut Mohd. Ali, batik kini bukan hanya dipakai pada majlis-majlis formal malah inovasi baru memperlihatkan kesesuaian seni itu digayakan dalam semua majlis termasuk kasual dan musim perayaan.

"Jika dahulu batik sering dikaitkan dengan motif bunga-bungaan namun kini corak abstrak turut menjadi perhatian."Corak kontemporari membolehkan batik sesuai dipakai oleh golongan muda dan mereka yang bekerja tanpa mengira usia," katanya.