Thursday, 29 March 2012

Malaysia pertimbang ambil pembantu rumah Myanmar

NAYPYITAW, Myanmar 29 Mac – Malaysia sedang mempertimbangkan untuk mengambil rakyat Myanmar berkhidmat sebagai pembantu rumah.Malaysia telah menyatakan pertimbangan tersebut kepada Myanmar pada lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Myanmar yang berakhir hari ini.

Najib telah menyatakan kemungkinan untuk memberi peluang kepada rakyat Myanmar bekerja sebagai pembantu rumah kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatannya Khamis.

Namun, katanya, perkara itu memerlukan rundingan lanjut antara kedua-dua negara tersebut."Kita perlu perbincangan lanjut mengenai perkara ini, kita tidak tahu terma dan peraturannya."Jika termanya dapat diterima, sudah pasti kita akan mempertimbangkannya,” katanya.

Najib berkata Malaysia bersifat terbuka berhubung pengambilan rakyat Myanmar untuk berkhidmat sebagai pembantu rumah.Sambil menyifatkan rakyat Myanmar sebagai “rakyat yang sopan”, Najib berkata ia tidak menjadi sesuatu yang sukar untuk meneruskan dengan cadangan itu jika mereka mampu dapat menyesuaiakn diri dengan budaya di Malaysia.

Dalam pada itu, Najib berkata beliau telah memaklumkan kepada Myanmar bahawa kira-kira 250,000 rakyat Myanmar telah didaftarkan di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P). - BERNAMA

SPR: Daftar sebelum Ahad ini


PUTRAJAYA 28 Mac - Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.

"Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya UMUM diadakan pada bulan Jun ke atas.

Wednesday, 28 March 2012

MPJ ditegur gagal selenggara Dataran Jasin

JASIN 27 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) ditegur kerana gagal menyelenggara dengan baik semua kemudahan yang terdapat di Dataran Jasin di sini.

Kekecewaan itu diluahkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik yang melakukan lawatan produk pelancongan di dataran tersebut di sini hari ini.

Menurutnya, sepanjang 23 program lawatan produk pelancongan yang dibuat sejak beberapa bulan lalu di di Melaka Tengah, Alor Gajah, Merlimau dan Sungai Rambai, Dataran Jasin disifatkan tempat yang paling teruk tidak terurus.

"Boleh dikatakan semua kemudahan di Dataran Jasin ini tidak diselenggarakan dengan baik. Sampaikan pokok pun boleh hidup di dalam longkang besar dan ini menunjukkan ia memang sudah lama tidak diselenggara.

Tuesday, 27 March 2012

Tanjung Bidara banyak tarikan


TANJUNG BIDARA 26 Mac - Strategi pembangunan oleh kerajaan negeri Melaka yang diterajui Barisan Nasional (BN) berupaya menjadikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara terus berkembang pesat dan maju terutama dalam sektor pelancongan.

Sehubungan itu, tidak hairanlah Tanjung Bidara cukup sinonim sebagai pantai perkelahan terkenal di negeri ini yang menjadi tarikan pengunjung sejak dahulu hingga sekarang.

Pantai Tanjung Bidara yang terletak berdekatan Kem Terendak dan hanya 10 minit perjalanan dari bandar Masjid Tanah merupakan pantai perkelahan yang terkenal di kalangan pelancong.

Keadaan pantainya yang landai menghadap Selat Melaka menjadi persaingan utama pantai di Port Dickson yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Masjid Tanah.

PPSPM ambil alih operasi Monorel Melaka

MELAKA 26 Mac - Selepas mengalami pelbagai kerosakan, operasi Monorel Melaka di Taman Rempah telah diambil alih pengurusannya oleh Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berkuatkuasa pada 5 Mac lalu.

Selain Monorel Melaka, PPSPM juga diberi tanggungjawab untuk menguruskan Private Park dan roda berputar Eye On Melaka yang terletak di Jalan Tun Ali, dekat sini.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Datuk Baharom Majid berkata, PPSPM diberi mandat untuk mengambil alih pengurusan Monorel Melaka, Private Park dan Eye On Melaka atas arahan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

"Ini kerana kedudukan Stesen Hang Jebat monorel ini berada di Taman Rempah yang terkenal dengan produk pelancongan bot Melaka River Cruise (MRC).

"Jadi, Ketua Menteri berpendapat adalah lebih mudah untuk PPSPM menguruskan Monorel Melaka dan kita telah mula menguruskan operasinya sejak 19 Mac lalu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rumah Mawi di Bandar Baru Bangi dirompak

2012/03/26

KUALA LUMPUR: Kediaman juara Akademi Fantasia musim ke-3, Mawi yang terletak di Bandar Baru Bangi dirompak, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 31, sedang berada di rumah bersama isteri, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin, 32, bersama anak dan ibu mertuanya.
Ekin ketika ini masih berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Cahaya Malaika, 28 Februari lalu.
Dalam insiden itu, Mawi dan ahli keluarganya diikat sebelum perompak berjaya melarikan barangan bernilai lebih RM10,000.

Promosi Marina Melaka ke global

MELAKA 25 Mac - Usaha menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini diteruskan dengan penganjuran Karnival Pelancongan Marina Melaka 2012 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Karnival yang diselitkan dengan pelbagai aktiviti sukan air termasuk pertandingan perahu layar, kayak dan perahu naga itu adalah antara suntikan kerajaan negeri bagi mencapai sasaran pelancong sebanyak 12 juta orang pada tahun ini.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, penganjuran karnival itu antara langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi mempromosi Marina Melaka sebagai salah sebuah perhentian pelayar-pelayar kapal di persada antarabangsa.

"Selat Melaka yang merupakan selat terpanjang dan tersibuk di dunia memberi kelebihan kepada negeri ini khasnya kepada Marina Melaka sebagai sebuah pusat perhentian yang wajib dikunjungi oleh para pelayar," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik pada majlis Pelancaran Karnival Pelancongan Marina Melaka 2012 di sini malam semalam.

Menariknya pada majlis pelancaran itu ialah selain pertunjukan fesyen batik oleh model tempatan, satu sesi peragaan batik kontemporari oleh pelancong antarabangsa turut diadakan.Menurut Mohd. Ali, batik kini bukan hanya dipakai pada majlis-majlis formal malah inovasi baru memperlihatkan kesesuaian seni itu digayakan dalam semua majlis termasuk kasual dan musim perayaan.

"Jika dahulu batik sering dikaitkan dengan motif bunga-bungaan namun kini corak abstrak turut menjadi perhatian."Corak kontemporari membolehkan batik sesuai dipakai oleh golongan muda dan mereka yang bekerja tanpa mengira usia," katanya.

Friday, 23 March 2012

Mengemas Rumah: Disiplin di bilik tidur - Najhan

Mengemas Rumah: Disiplin di bilik tidur - Najhan: Ibu saya amat menitikberatkan disiplin di bilik tidur. Bagi beliau, walaupun tetamu jarang masuk ke dalam bilik, tetapi kebersihan bilik sa...

Mengemas Rumah: Shopping!

Mengemas Rumah: Shopping!: Ada pendapat mengatakan bahawa shopping adalah terapi. Terapi daripada stress, kepenatan dan keletihan akibat kerja dan tanggungjawab dunia....

Mengemas Rumah: Tips Ringkas Episod 2..Cik Awa

Mengemas Rumah: Tips Ringkas Episod 2..Cik Awa: Ada beberapa tempat yang sangat memerangkap habuk tetapi sering dilupakan. Sekali sekala apa salahnya kerja lebih sikit untuk membersihkan ...

Mengemas Rumah: Teknik Menyambil

Mengemas Rumah: Teknik Menyambil: Terlebih dahulu....Ramadhan Mubarak kepada semua!

Hidup kaki pengemas tidak sah tanpa aktiviti mengemas. Pagi hari lagi sudah dirasmikan ...

Mengemas Rumah: Pengalaman Bekas Pelajar!

Mengemas Rumah: Pengalaman Bekas Pelajar!: Assalamualaikum. Wah lama dah tak menulis!! So, enjoy reading, like i do~~:) Saya pernah merantau ke luar negara berbekalkan status seora...

Mengemas Rumah: Pengurusan Kain Baju - Teori Asas

Mengemas Rumah: Pengurusan Kain Baju - Teori Asas: Sebelum ini sidang pembaca sudah dihidangkan dengan artikel yang menerangkan secara ringkas tips asas pengurusan kain baju. Kali ini, saya ...

Mengemas Rumah: TOILET WORLD

Mengemas Rumah: TOILET WORLD: Kalau pembaca mahu tahu, dalam sehari, ibu saya memeriksa tandas beberapa kali. Diperhatikan susunan berus gigi agar jangan ada yang bersel...

Mengemas Rumah: Energi Mengemas

Mengemas Rumah: Energi Mengemas: Mengikut Islam, antara orang yang paling baik adalah yang lambat marahnya dan cepat pula redanya. Semoga kita tergolong orang2 yang sedemiki...