Sunday, 31 July 2011

Bilangan lelaki bujang lebih ramai




KUALA LUMPUR: Lelaki berumur 15 tahun dan ke atas yang belum berkahwin adalah lebih tinggi jumlahnya berbanding wanita iaitu masing-masing 37.8 peratus dan 32.2 peratus mengikut data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan 2010 yang diumumkan, kelmarin.
Data itu juga menunjukkan penduduk berumur 15 tahun dan ke atas yang belum pernah berkahwin adalah 35.1 peratus manakala yang berkahwin 59.6 peratus.

Namun, perkadaran lelaki dan perempuan yang berkahwin adalah hampir sama, masing-masing 59.8 peratus dan 59.4 peratus. Umur minimum perkahwinan pertama bagi lelaki menurun kepada 28.0 tahun berbanding 28.6 tahun pada 2000. Sebaliknya, umur bagi perempuan meningkat kepada 25.7 tahun berbanding 25.1 tahun pada 2000. Mengulas perangkaan itu, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata aliran lelaki yang belum berkahwin lebih ramai daripada wanita selaras dengan pertambahan golongan itu berbanding wanita. Katanya, aliran itu sudah lama dikesan dalam setiap bancian pendudukan yang dilakukan di negara ini malah keputusan itu juga lebih kurang sama dengan kebanyakan negara di rantau ini dan peringkat global. “Hasil bancian LPPKN pada 2004 sudah mengesan trend lelaki kahwin lebih lewat dan hasil bancian 2010 mengesahkan bahawa lelaki berkahwin pada purata umur 28 tahun berbanding wanita 25 tahun,” katanya dihubungi Berita Minggu. Kelmarin, dilaporkan penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan dua peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita. Aminah berkata, dari segi kesan sosial, gejala kahwin lambat di kalangan lelaki itu menunjukkan golongan itu akan berkahwin pada usia lebih matang, kukuh dari segi ekonomi untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Kesan negatif pula katanya, tempoh yang lama membujang akan mendedahkan lelaki muda kepada cara gaya hidup yang tidak sihat dan risiko yang berkaitan dengannya. Perkara itu dipersetujui pakar sosiologi dan antropologi, Prof Dr Abdul Rahim Md Nor yang bimbang jika ia berlarutan akan menyebabkan pertambahan jumlah gejala sosial. “Dalam satu aspek, saya melihat pertambahan jumlah penduduk lelaki akan membawa kesan negatif kepada masyarakat iaitu kebarangkalian golongan itu terbabit dengan jenayah berat seperti pembunuh dan rompakan selain terbabit gejala sosial seperti samseng jalanan atau mat rempit. Ada kemungkinan juga wujud pertambahan kemalangan jalan raya kerana lelaki biasa memandu dengan agresif, sering timbul masalah di jalan raya dan laju,” katanya. Dr Abdul Rahim yang juga Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, beliau melihat apabila lelaki lebih ramai maka wanita mempunyai banyak pilihan untuk mencari suami yang lebih berkualiti. Maka, katanya akan wujud persaingan di antara lelaki dan ini mewujudkan tekanan kepada mereka untuk dipilih menjadi suami.

Friday, 29 July 2011

Melaka ramai 'saintis kampung'


MELAKA 28 Julai - Pastinya ramai yang tidak mengetahui di sebalik negeri yang menyimpan pelbagai khazanah sejarah sehingga mendapat jolokan Bandaraya Bersejarah dan Bandaraya Warisan Dunia, tersembunyi golongan 'saintis' di ceruk-ceruk kampung.

Mereka telah menghasilkan pelbagai ciptaan menarik dan kreatif malah boleh dikatakan setaraf dengan produk luar negara yang sejak bertahun dulu tetapi malangnya tidak mendapat publisiti meluas.

Tiada siapa yang menyangka anak kelahiran negeri ini juga mampu menghasilkan bunga api daripada buluh, parang dan pisau daripada besi terpakai, seni seramik kelas dunia dan juga inovasi produk makanan seperti menggunakan biji rambutan sebagai pengganti kacang tanah.

Biarpun tanpa peralatan canggih serta menjadikan pondok usang di belakang rumah sebagai 'makmal', golongan 'saintis' atau pereka cipta akar umbi itu mampu mencipta dan menghasilkan produk kreatif dan inovatif yang mempunyai nilai komersial tinggi.

Jika golongan itu berjaya ditonjolkan, pastinya ia akan menjadi sebahagian daripada aset yang bernilai tinggi kepada negeri dan juga negara.

Dibantu hasil dorongan dan sokongan agensi berwajib, tidak mustahil produk yang dihasilkan mereka mampu menembusi pasaran dunia.

Peka terhadap situasi itu, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan kerajaan negeri telah melancarkan Jejak Inovasi selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Julai lalu.

Ia bertujuan menjejaki golongan pereka cipta akar umbi itu sebagai langkah permulaan ke arah mengkomersialkan produk yang dihasilkan mereka.

Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin adalah tiga daerah yang diteroka oleh pasukan penjejak yang terdiri daripada para penyelidik, saintis, pakar paten, pegawai YIM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Pasukan tersebut menjejaki golongan pereka cipta itu untuk diberikan nasihat mengenai objektif, pendekatan dan hasil yang diingini daripada inovasi yang dihasilkan oleh mereka.

Hasilnya, sebanyak 12 inovasi akar umbi berjaya ditemui dan kesemua produk itu didapati mempunyai potensi besar untuk dimajukan jika memperoleh bantuan berupa sokongan dalam bentuk kewangan, peralatan dan nasihat pakar daripada agensi berkaitan.

Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Dr. Raslan Ahmad berkata, objektif Jejak Inovasi adalah untuk memberi pengiktirafan terhadap hasil reka cipta golongan tersebut.

Golongan sasar itu katanya, ialah mereka yang tidak mendapat pendidikan khas dalam bidang pembuatan, sains atau seni reka, mereka yang tidak menerima dana daripada mana-mana pihak tetapi mampu menghasilkan produk kreatif dengan peralatan yang terhad.

"Saya dapati kebanyakan daripada golongan ini mula menghasilkan sesuatu inovasi sebagai hobi masa lapang dan tidak kurang juga yang menjual hasil kreativiti dengan kuantiti yang sedikit.

''Mereka melakukannya untuk menjana pendapatan tetapi jika diberikan bantuan, tidak mustahil produk yang dihasilkan boleh dikomersial secara meluas," katanya.

Antara produk yang dikesan dalam Jejak Inovasi itu antaranya ialah pembinaan kolam ikan hybrid, sistem 'storm bullet' bagi meningkatkan kelajuan kereta dan menjimatkan petrol.

Turut menjadi perhatian ialah inkubator telur dan sistem amaran, pembuatan parang daripada besi terpakai, seni seramik, pembuatan keris daripada batang nibung dan perangkap air pintar.

Selain meninjau inovasi yang dibangunkan di kawasan kampung, Jejak Inovasi juga bertujuan mengumpul maklumat hasil inovasi setempat untuk didokumentasi, memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal dan mengiktiraf hasil inovasi yang berpotensi untuk dimajukan.

Jejak Inovasi adalah yang pertama kali diadakan dan akan diperluaskan ke seluruh negara tidak lama lagi.

Ia bertujuan mencungkil dan mengesan lebih ramai golongan pereka cipta akar umbi untuk diberikan pengiktirafan serta mengangkat produk mereka bagi dikomersialkan.

"Tujuan kami bukan sahaja mencari golongan pereka cipta malah kami juga menyediakan platform kepada mereka untuk terus menghasilkan produk bermutu tinggi dan mengangkat produk yang dihasilkan ke pasaran yang lebih luas," kata.

Raslan berkata, tindakan susulan akan dilakukan selepas ini bagi memastikan segala keperluan dari segi bantuan kewangan, peralatan dan nasihat pakar diperoleh oleh golongan sasar bagi menjamin setiap produk yang dihasilkan itu boleh dikomersialkan.

Friday, 22 July 2011

Kempen berbasikal makin popular


MELAKA 21 Julai - Budaya berbasikal dalam kalangan kakitangan dan masyarakat di seluruh negeri ini semakin menggalakkan sejak ia mula diperkenalkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Terbaharu, Kelab Basikal Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek dan Kayuhan Hijau telah dilancarkan bagi menggalakkan penduduk di kawasan tersebut menjadikan aktiviti berbasikal sebagai budaya harian.

Seramai 600 peserta terdiri daripada pelbagai masyarakat berbilang kaum di DUN Ayer Molek telah menyertai program mengayuh basikal mengelilingi sekitar kawasan tersebut meliputi jarak sejauh 30 kilometer.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek, Datuk Md. Yunos Husin berkata, usaha menggalakkan berbasikal sebagai budaya harian penduduk di DUN tersebut bertujuan menyokong usaha kerajaan negeri ke arah merealisasikan Negeri Bandar Teknologi Hijau.

''Penubuhan Kelab Basikal DUN Ayer Molek adalah antara usaha yang dijalankan bagi menggalakkan penduduk mengamalkan budaya berbasikal untuk ke mana-mana tempat di sekitar daerah ini," katanya di sini, hari ini.

Bagi Md. Yunos, sambutan menggalakkan daripada penduduk di daerah itu membuktikan ia merupakan satu program yang berjaya.

Menurutnya, penglibatan semua penduduk termasuk pelajar sekolah, ibubapa membuktikan budaya berbasikal mampu dilaksanakan di sini.

''Saya minta budaya ini tidak terhenti begitu sahaja dan ia perlu menjadi amalan harian sebagai membudayakan aktiviti berbasikal selain medium bagi menyihatkan tubuh badan," katanya.

Program yang diadakan itu katanya, memberi peluang kepada beliau untuk mengunjungi bilik gerakan di Kampung Kandang di sini yang sedang membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Thursday, 21 July 2011

Perhentian Bas Alor Gajah kini dikenali AG Sentral



MELAKA 20 Julai - Selepas kira-kira 15 tahun beroperasi di tapak terbuka, Perhentian Bas Alor Gajah kini berubah wajah dan beroperasi di bangunan serba canggih dikenali sebagai AG Sentral.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamaruddin Md. Shah berkata, AG Sentral yang siap dibina pada Jun lalu menyediakan kemudahan lebih selesa kepada pengunjung berbanding hentian bas lama.

Menurutnya, konsep rekaan bangunan itu adalah sama seperti Kompleks Melaka Sentral yang menempatkan terminal bas dan bazar selain turut dilengkapi pendingin hawa.

"AG Sentral yang mula beroperasi pada 1 Julai lalu dibina dengan kos RM3.3 juta turut dilengkapi perkhidmatan capaian Internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi) dan ruang perniagaan berkonsepkan bazar rakyat.

"Ia adalah bagi keselesaan rakyat dan selari dengan arus pembangunan di sekitar daerah ini yang semakin mendapat tumpuan pelancong yang berkunjung ke tempat-tempat menarik di kawasan pusat bandar," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, antara kemudahan lain yang disediakan ialah ruang menunggu yang lebih luas dan selesa, surau dan tandas awam yang turut dilengkapi dengan kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU).

"Selepas ini penduduk sekitar daerah ini juga tidak perlu lagi ke Melaka Sentral sekiranya mahu ke Kuala Lumpur, sebaliknya boleh terus menaiki bas ekspres di sini," katanya.

Tambahnya, tujuh syarikat bas telah beroperasi di AG Sentral termasuk syarikat bas ekspres Transnasional, Jebat, Mara Liner dan Metrobus.

Di samping itu katanya, perubahan ketara juga boleh dilihat melalui penyediaan enam kaunter tiket yang lebih cantik dan sistematik dan 21 buah gerai.

Tuesday, 19 July 2011

Projek trem RM272 juta dirancang

ALOR GAJAH 18 Julai – Sistem pengangkutan awam darat khususnya di negeri maju dan mempunyai kadar kemasukan pelancong yang tinggi perlu segera dinaikkan taraf bagi memastikan keselesaan para pelancong dan juga mengurangkan kesesakan jalan raya di negeri berkenaan.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, sistem pengangkutan awam darat sedia ada seperti bas dan teksi dilihat tidak lagi membantu dalam mengurangkan kesesakan jalan raya akibat daripada jumlah pelancong yang semakin tinggi.

Menurutnya, tinjauan SPAD di beberapa negeri, termasuk Melaka yang menerima kemasukan pelancong lebih 10 juta tahun lalu mendapati, jalan raya di negeri berkenaan khususnya di kawasan tarikan pelancong begitu sesak sehingga menyukarkan pengguna jalan raya.

“Melaka dilihat begitu maju khususnya dalam industri pelancongan, tetapi tinjauan saya di negeri ini terutamanya pada hujung minggu jalan raya begitu sesak dan dilihat tidak lagi mampu menampung jumlah kenderaan yang banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Bulan Patriotisme di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hang Kasturi di Masjid Tanah di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, beliau turut menyambut baik usaha kerajaan negeri untuk menambah baik sistem pengangkutan awam dengan menyedia sistem pengangkutan baharu iaitu perkhidmatan trem yang dilihat sebagai penyelesaian kepada masalah kesesakan jalan raya di negeri ini.

Menurutnya, SPAD telah menerima kertas cadangan daripada kerajaan negeri berkaitan projek itu untuk diteliti dan dikaji sebelum membentangkan kepada jemaah menteri.

“Cadangan daripada kerajaan negeri telah kita terima dan kini sedang dikaji dan beberapa penambahbaikan telah kita buat dan akan dibentangkan kepada Perdana Menteri tidak lama lagi,” katanya.

Syed Hamid berkata, beberapa negara maju telah membangunkan sistem trem ini kerana telah terbukti mampu mengurangkan kesesakan jalan raya yang sekali gus memberikan keselesaan kepada para pelancong dalam dan luar negara serta masyarakat setempat.

Projek pembinaan sistem pengangkutan trem yang melibatkan kos RM272 juta itu akan memberikan perkhidmatan dari Ayer Keroh hingga ke Banda Hilir dan dijangka siap Mei 2012.

Chechnya haramkan remaja ambil minuman tenaga




19/07/2011 2:57am

GROZNY 19 Julai – Para penduduk Chechnya bercadang untuk melarang penjualan minuman tenaga bukan alkohol seperti “Red Bull” kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah atas alasan ia berbahaya dan haram, kata pegawai kesihatan hari ini.

Larangan tersebut merupakan sekatan terbaru pihak berkuasa di samping kedai-kedai hanya boleh menjual alkohol pada waktu pagi, restoran ditutup sepanjang bulan Ramadan serta wanita diwajibkan memakai tudung di dalam bangunan negeri.

“Minuman tenaga sama seperti arak yang akan memberi kesan buruk kepada kesihatan," kata Timbalan Menteri Kesihatan Chechnya, Rukman Bartiyev. - Reuters

Wednesday, 6 July 2011

JAKIM SAHKAN HP SAUCE, TABASCO PEPPER SAUCE MENGANDUNGI DNA BABI



Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

“Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

http://www.islamituindah.my/jakim-sahkan-hp-sauce-tabasco-pepper-sauce-mengandungi-dna-babi

Tuesday, 5 July 2011

SEMINAR PENGURUSAN DAN TRANFORMASI KEWANGAN


Jika anda ada masalah CCRIS, CTOS,BEBAN CREDIT CARD, BANKRUPTCY, RUMAH YANG MUNGKIN AKAN DILELONG…
ATAU
WALAUPUN ANDA TIADA MASALAH HUTANG TAPI INGIN MEMBINA KEKAYAAN, Maka Anda Perlu Hadir Untuk Mengetahui Teknik Rahsia Dari 4 Pakar Kewangan Anda…

TARIKH: 17/7/2011 HARI:AHAD ( 9.00pagi hingga 5.00ptg) TEMPAT: DEWAN MCA, 163 JALAN AMPANG, 50450 KUALA LUMPUR YURAN:RM 150
Hubungi: Dr Husmawi & En. Azlan
013-230-9000 / 019-309-6000
Tarikh: 17/07/2011
Tempat: Wisma MCA

Layari


Terima kasih

Masak Lemak Cili Api Minang style...

Monday, 4 July 2011

SEMINAR TRANFORMASI KEWANGAN



Untuk "Orang yang sedang kesempitan Wang" Yang Ingin Tahu Teknik Pengurusan Wang yang lebih bijak dan seterusnya menggandakan wang sedia ada, Mencipta Gaji Kedua dengan cara yang sangat mudah, Menjimatkan Kadar Faedah Dalam Sistem Kewangan Anda Dan Seterusnya Menjadikan Impian Kewangan Anda Suatu Realiti!

Jika anda ada masalah CCRIS, CTOS,BEBAN CREDIT CARD, BANKRUPTCY, RUMAH YANG MUNGKIN AKAN DILELONG…
ATAU
WALAUPUN ANDA TIADA MASALAH HUTANG TAPI INGIN MEMBINA KEKAYAAN, Maka Anda Perlu Hadir Untuk Mengetahui Teknik Rahsia Dari 4 Pakar Kewangan Anda…