Monday, 10 May 2010

2010 FIFA World Cup South Africa




sebahagian jersi pemain...


apa nie? hu3


aksi pemain



logo


stadium


MELAKA 28 April - Bagi memeriahkan Sukan Malaysia (Sukma) XIII, kerajaan negeri menerusi syarikat Vallant Expression (M) Sdn. Bhd (VEM) akan menganjurkan Karnival Melaka City Night (MNC) sepanjang temasya berlangsung dari 10 hingga 19 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, karnival itu menjanjikan satu kelainan dan kemeriahan maksimum dalam usaha menyemarakkan temasya sembilan hari itu.

Katanya, penganjuran itu bertujuan memberi keceriaan kepada orang ramai dan pelancong yang datang di mana mereka bukan semata-mata dapat melihat 33 acara yang dipertandingkan di Sukma tetapi juga dapat menyertai aktiviti yang disediakan sepanjang karnival.

"Pelbagai aktiviti diatur sepanjang karnival itu bermula dari 11 hingga 20 Jun di perkarangan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) Ayer Keroh.

"Sejumlah 300 ruang perniagaan dengan pelbagai jenis jualan akan disertai oleh usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) termasuk usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, karnival itu juga akan turut disertai oleh syarikat swasta, pengilang dan pengeluar tempatan yang menawarkan harga yang berpatutan.

Berdasarkan pelbagai aktiviti yang diatur oleh VEM, beliau berkata, kerajaan negeri yakin akan dapat menarik kira-kira 500,000 pengunjung sepanjang karnival itu.

Selain itu, kata Md. Yunos, karnival tersebut akan diserikan dengan persembahan artis popular, pameran kereta, motosikal dan pertunjukan sistem audio terbesar.

"Orang ramai pula boleh menyertai pertandingan ayam serama, karaoke, ratu kebaya, permainan tradisional dan futsal air," katanya lagi.

Beliau berkata, sebuah skrin gergasi akan didirikan di tapak karnival itu bagi memudahkan orang ramai menonton siaran langsung acara Sukma dan Piala Dunia yang diadakan di Afrika Selatan.

Karnival selama 10 hari itu akan bermula pada pukul 6 petang hingga 2 pagi dan masuk adalah percuma.

Sebarang pertanyaan berkaitan karnival tersebut boleh menghubungi sekretariat penganjuran di talian 012-2010324 atau 017-3093182.