Tuesday, 16 March 2010

Sungai Melaka siang dan malam

Ini aku nak tunjukkan pemandangan sungai Melaka waktu siang dan malam dilokasi yang sama...

best tau pusing2(ronda-ronda) naik bot....rugi betul kalo korang pi Melaka tapi terlepas peluang naik bot nie...

limpahan lampu neon sungguh mengasyikan...he3
p/s: istilah pusing2 di melaka bermaksud berjalan2 atau meronda...

Antara sifat-sifat orang Melaka kebiasaannya


1. Orang Melaka sangat peramah..(suka menghulur salam perkenalan dahulu)

2. Orang Melaka suka bergurau yang kadang2 bunyinya bising macam orang bergaduh dan berperang..(jgn marah yer)

3. Cara bercakap orang Melaka kedengaran agak kasar bunyinya.....(contoh lahabau apa khabar? lama x nampak ? hidup lagi rupanya) he3 sebenarnya itu tanda kemesraan dan bergurau sesama mereka....

4.Orang Melaka biasanya ada 'habit' suka menyapu rumah terutama bahagian laman atau hadapan rumah pada awal pagi atau lewat petang setiap hari..... xkisahlah suri rumah, anak dara, anak bujang dan budak suka menyapu halaman rumah...x percaya cuba naik kereta atau motor ronda2 di kampung atau taman perumahan waktu petang, semua asyik sibuk menyapu.....he3


'penyapu terbang'

anythingphotopeople.blogspot

kecik2 dah kena menyapu....(training)

5.Orang Melaka kebiasaannya suka megecat rumah setiap tahun atau selang 2-3 tahun.... mereka biasanya akan berasa tidak 'selesa' jika cat rumah mereka semakin pudar dan kusam..
(sebab itu 60% rumah kampung dan taman perumahan biasanya bercat baru setiap tahun...

6.Walaupun cara bercakap atau gurauan orang Melaka agak kasar , sebenarnya mereka baik hati dan suka berterus terang.....
[
[
7.Orang Melaka sangat menitik beratkan kebersihan tempat tinggal dan kawasan sekeliling mereka..(bukan memuji tapi itu kebenarannya)
[
[
8.Rumah yang tidak terurus persekitaran dan tidak dibersihkan halamannya akan mendapat 'pandangan jelik oleh jiran tetangga dan dianggap pengotor'....hu3 sabar jerlah lepas nie semua kemas rumah tau....(kan kebersihan itu separuh daripada iman)
[
[
9.Orang luar atau tetamu yang bertandang ke rumah orang Melaka biasanya akan dilayan sebaik yang boleh oleh tuan rumah (x kiralah mereka orang sabah, sarawak, kelantan , terengganu, kedah) dan akan dijamu makan dan minum seadanya...(x percaya? sebab itu pelancong2 yang datang bercuti Melaka akan dilayan sebaik2nya dan dijaga Melaka agar bersih seadanya)
[
[
10.Orang Melaka tidak ramai 'merantau' ke Kuala Lumpur atau ke bandar2 lain kerana peluang pekerjaan yg sentiasa ada di dalam negeri (kecuali yg mengikut suami/isteri dan naik pangkat pekerjaan/bertukar jabatan bertugas)
[
11.Mereka yg mengganggur di Melaka akan dianggap 'sengaja, memilih dan pemalas' kerana kekosongan jawatan sentiasa wujud di dalam negeri...(sektor peruncitan,perindustrian, perkhidmatan dan perhotelan sentiasa kekurangan pekerja)
[
[
12.Orang Melaka biasanya akan naik 'pelik' dan 'hairan' jika terdengar ada lagi rumah di Negeri Melaka yg masih tiada bekalan elektrik dan air paip... kecuali yg kena potong x bayar bil tertunggaklah...hu3(sbb negeri kecil bekalan air dan elektrik hampir 100% sempurna)
[
[
Ini adalah sekadar pengalaman aku orang Melaka, so janganlah ada yg terasa pulak....tiada niat untuk mengampu dan memuji2 negeri sendiri kerana semua penduduk kat Malaysia ada kelebihan dan keunikan masing2.....senyum sikit...