Monday, 15 March 2010

Perkara2 pelik tapi biasa kat Melaka...



Tahu tak korang, kat Melaka..

1. Ada restoran dalam ladang sawit( kat Masjid Tanah, Alor Gajah)

2. Pada tahun 1991 kemarau melanda selama 3 bulan secara tiba-tiba

3. Ada trafik light pakai timing. Pertama di Malaysia


4. Nak masuk Melaka Sentral kena tawaf sekali.

5. Org Melaka suka pakai lampu tinggi kalau malam2 (kebanyakkannya)

6. kat mlk ade kapal atas daratan

7. Org luar akan panggil Tengkera sebagai "Teng-kera" bukannya "Tengkey re"

8. Rata-rata pengayuh beca kat Melaka tahu bahasa ketiga selain BM & BI

9. Pada hujung minggu Dataran Pahlawan & Mahkota Parade bersepah dengan org Singapore. Org Melaka sendiri pun tak seramai tu

10. Kebanyakan org Melayu Melaka ada suku sakat dengan org Singapore

11. Maki org Melaka membuatkan org luar dari Melaka terguris hati tetapi tidak pada org Melaka sendiri :D
12. org Melaka kalau makan, lauk pauk mesti ada kaler merah cili(sambal, asam pedas, sambal belacan)

13. Sesetengah org Melaka masih percaya pada keramat(Pulau Besar)

14.kat melaka je ada pokok melaka kot! :)

15. Terdapat banyak rumah yang cantik tapi sayang berhantu(yer ker?)

16. Di Melaka tak banyak restoran mamak

17. Selain wisma, bangunan ataupun menara di Melaka bangunan dinamakan sebagai Graha cth. Graha Maju, Graha Makmur etc

18. Keluarga org Melaka biasanya buat rumah saling berdekatan antara satu sama lain (kalau duduk kampung laa)

19. Di Melaka jugak, teksi boleh dikongsi naik bersama dan bayar asing2 bila sampai ke destinasi pilihan. Kat tempat lain ada tak..??

20. Satu masa dahulu Kampung Jawa adalah tempat shopping paling popular bg zaman mak2 kita dulu


21. Kat Melaka banyak nama tempat yang pelik2 contoh Bukit Baru, Bukit Beruang, Bukit Katil, Bukit Senggeh, Tiang 2, Simpang 4, Paya Rumput, Semabok, Kandang,Duyong, Sungai Petai, Sungai Putat, Air Leleh, Batang Melaka 18SX sungguh....

22. Bukit Cina adalah kawasan perkuburan tapi mesti ada acara merentas desa lari atas tu. Lari la kat jalan raya ke, tepi pantai ke..

23. Sesetengah org Melaka suka cakap corner & tak direct walaupun maksud dia sama. Contoh instead of cakap "bapak kau", diorg akan cakap "mak kau punya laki"

24. Asam pedas Melaka lain sikit dari negeri lain sebab diorg blend sekali bahan2 asas dengan belacan & serai

Ni lah antara fakta yang aku dapat daripada forum daripada mereka2 yang pernah stay, kerja,belajar or bercuti kat Melaka... nak tergelak pun ada, maybe ada betulnya orang luar Melaka akan rase pelik tapi kami orang Melaka x rase pelik sebab dah biasa kot..he3

Fakta2 di atas ini bukanlah betul semuanya tapi ada yg betul....lalalalalala

Kandid kat Jonker Walk











Nie time aku jalan2 kat Jonker walk minggu lepas, saje2 lama x pi sana..... macam biasa setiap minggu (jumaat,sabtu n ahad malam) memang dok ramai pelancong...macam2 ada, aku just ronda2 jer tgk gelagat orang.....