Saturday, 27 March 2010

Lukisan mural bangunan tarikan baru

Lukisan mural bermotifkan Kesultanan Melayu Melaka pada bangunan-bangunan lama sepanjang Sungai Melaka menjadi tarikan baru kepada pelancong di Bandar Hilir, Melaka

MELAKA 26 Mac - Projek lukisan mural pada bangunan-bangunan lama di sepanjang Sungai Melaka akan menjadi tarikan baru di kawasan tersebut.
Setiausaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Azmi Husin berkata, program hasil kreativiti pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah itu telah bermula sejak Oktober lalu dan dijangka siap sepenuhnya Julai ini.
Menurutnya, program yang mendapat peruntukan Kementerian Pelancongan berjumlah RM1.6 juta itu bertujuan mencantikkan kawasan sepanjang tebing sungai tersebut di samping mengindahkan bangunan-bangunan lama bagi dijadikan tarikan utama pelancong.
''Kerja-kerja lukisan mural di bahagian belakang bangunan lama itu sudah siap 60 peratus.
Ia melibatkan dua fasa struktur bangunan yang dipenuhi lukisan mural bermotifkan kepahlawanan dan kesultanan Melayu Melaka," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati hampir semua bangunan berkenaan dihiasi lukisan mural yang menggambarkan sejarah awal Melaka, kegemilangan kesultanan Melaka termasuk kepahlawanan Melaka seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Puteri Hang Li Po dan Laksamana Cheng Ho.
Selain itu, terdapat juga lukisan mural pada deretan bangunan lama yang dilukis dengan bangunan sejarah yang ada di Melaka seperti Kota A'Famosa dan Stadhuys.
Mengulas lanjut, Azmi turut berkata, penghasilan lukisan mural tersebut bukan sahaja menjadi tatapan pengunjung tetapi dapat mengukir satu memori indah buat pelajar berkenaan kerana berjaya mempamerkan hasil kreativiti bermutu tinggi.
Ujarnya, MBMB yakin dengan kelainan itu mampu memberi satu impak kepuasan kepada pengunjung yang menggunakan perkhidmatan bot Melaka River Cruise.
''Mereka bukan sahaja berpeluang melihat keindahan flora dan fauna pada lukisan mural itu tetapi juga berpeluang menghayati sejarah awal negeri ini," katanya.

sumber: utusan malaysia

Sunday, 21 March 2010

Sungai San Antonio

Inilah dia sungai San Antonio di Texas USA, yang menjadi ilham kepada pengindahan dan pemuliharaan semula sungai Melaka.....
















Wednesday, 17 March 2010

MELAKA DULU-DULU

runtuhan Gereja St Paul

Pintu Gerbang Kota A Farmosa

muara sungai melaka

penggangkutan guna kereta kuda, keldai dan lanca (beca roda 2 yg ditarik)

bandar melaka dilanda banjir besar



bangunan merah stadhuys 1910




kawasan pantai melaka yang sekarang sudah ditambak

Ni pic aku jumpa di internet, pic bandar Melaka dulu2..... zaman kamera hitam putih. Waktu itu tanah Melayu masih di zaman penjajahan Enggeris lagi.....x tau lah kalo kita semua lahir zaman tu mesti sengsara beb (he3) sebab handphone, televisyen,komputer dan internet x der lagi...




sumber: Joe Mendula

Tuesday, 16 March 2010

Sungai Melaka siang dan malam

Ini aku nak tunjukkan pemandangan sungai Melaka waktu siang dan malam dilokasi yang sama...

best tau pusing2(ronda-ronda) naik bot....rugi betul kalo korang pi Melaka tapi terlepas peluang naik bot nie...

limpahan lampu neon sungguh mengasyikan...he3
p/s: istilah pusing2 di melaka bermaksud berjalan2 atau meronda...

Antara sifat-sifat orang Melaka kebiasaannya


1. Orang Melaka sangat peramah..(suka menghulur salam perkenalan dahulu)

2. Orang Melaka suka bergurau yang kadang2 bunyinya bising macam orang bergaduh dan berperang..(jgn marah yer)

3. Cara bercakap orang Melaka kedengaran agak kasar bunyinya.....(contoh lahabau apa khabar? lama x nampak ? hidup lagi rupanya) he3 sebenarnya itu tanda kemesraan dan bergurau sesama mereka....

4.Orang Melaka biasanya ada 'habit' suka menyapu rumah terutama bahagian laman atau hadapan rumah pada awal pagi atau lewat petang setiap hari..... xkisahlah suri rumah, anak dara, anak bujang dan budak suka menyapu halaman rumah...x percaya cuba naik kereta atau motor ronda2 di kampung atau taman perumahan waktu petang, semua asyik sibuk menyapu.....he3


'penyapu terbang'

anythingphotopeople.blogspot

kecik2 dah kena menyapu....(training)

5.Orang Melaka kebiasaannya suka megecat rumah setiap tahun atau selang 2-3 tahun.... mereka biasanya akan berasa tidak 'selesa' jika cat rumah mereka semakin pudar dan kusam..
(sebab itu 60% rumah kampung dan taman perumahan biasanya bercat baru setiap tahun...

6.Walaupun cara bercakap atau gurauan orang Melaka agak kasar , sebenarnya mereka baik hati dan suka berterus terang.....
[
[
7.Orang Melaka sangat menitik beratkan kebersihan tempat tinggal dan kawasan sekeliling mereka..(bukan memuji tapi itu kebenarannya)
[
[
8.Rumah yang tidak terurus persekitaran dan tidak dibersihkan halamannya akan mendapat 'pandangan jelik oleh jiran tetangga dan dianggap pengotor'....hu3 sabar jerlah lepas nie semua kemas rumah tau....(kan kebersihan itu separuh daripada iman)
[
[
9.Orang luar atau tetamu yang bertandang ke rumah orang Melaka biasanya akan dilayan sebaik yang boleh oleh tuan rumah (x kiralah mereka orang sabah, sarawak, kelantan , terengganu, kedah) dan akan dijamu makan dan minum seadanya...(x percaya? sebab itu pelancong2 yang datang bercuti Melaka akan dilayan sebaik2nya dan dijaga Melaka agar bersih seadanya)
[
[
10.Orang Melaka tidak ramai 'merantau' ke Kuala Lumpur atau ke bandar2 lain kerana peluang pekerjaan yg sentiasa ada di dalam negeri (kecuali yg mengikut suami/isteri dan naik pangkat pekerjaan/bertukar jabatan bertugas)
[
11.Mereka yg mengganggur di Melaka akan dianggap 'sengaja, memilih dan pemalas' kerana kekosongan jawatan sentiasa wujud di dalam negeri...(sektor peruncitan,perindustrian, perkhidmatan dan perhotelan sentiasa kekurangan pekerja)
[
[
12.Orang Melaka biasanya akan naik 'pelik' dan 'hairan' jika terdengar ada lagi rumah di Negeri Melaka yg masih tiada bekalan elektrik dan air paip... kecuali yg kena potong x bayar bil tertunggaklah...hu3(sbb negeri kecil bekalan air dan elektrik hampir 100% sempurna)
[
[
Ini adalah sekadar pengalaman aku orang Melaka, so janganlah ada yg terasa pulak....tiada niat untuk mengampu dan memuji2 negeri sendiri kerana semua penduduk kat Malaysia ada kelebihan dan keunikan masing2.....senyum sikit...

Monday, 15 March 2010

Perkara2 pelik tapi biasa kat Melaka...



Tahu tak korang, kat Melaka..

1. Ada restoran dalam ladang sawit( kat Masjid Tanah, Alor Gajah)

2. Pada tahun 1991 kemarau melanda selama 3 bulan secara tiba-tiba

3. Ada trafik light pakai timing. Pertama di Malaysia


4. Nak masuk Melaka Sentral kena tawaf sekali.

5. Org Melaka suka pakai lampu tinggi kalau malam2 (kebanyakkannya)

6. kat mlk ade kapal atas daratan

7. Org luar akan panggil Tengkera sebagai "Teng-kera" bukannya "Tengkey re"

8. Rata-rata pengayuh beca kat Melaka tahu bahasa ketiga selain BM & BI

9. Pada hujung minggu Dataran Pahlawan & Mahkota Parade bersepah dengan org Singapore. Org Melaka sendiri pun tak seramai tu

10. Kebanyakan org Melayu Melaka ada suku sakat dengan org Singapore

11. Maki org Melaka membuatkan org luar dari Melaka terguris hati tetapi tidak pada org Melaka sendiri :D
12. org Melaka kalau makan, lauk pauk mesti ada kaler merah cili(sambal, asam pedas, sambal belacan)

13. Sesetengah org Melaka masih percaya pada keramat(Pulau Besar)

14.kat melaka je ada pokok melaka kot! :)

15. Terdapat banyak rumah yang cantik tapi sayang berhantu(yer ker?)

16. Di Melaka tak banyak restoran mamak

17. Selain wisma, bangunan ataupun menara di Melaka bangunan dinamakan sebagai Graha cth. Graha Maju, Graha Makmur etc

18. Keluarga org Melaka biasanya buat rumah saling berdekatan antara satu sama lain (kalau duduk kampung laa)

19. Di Melaka jugak, teksi boleh dikongsi naik bersama dan bayar asing2 bila sampai ke destinasi pilihan. Kat tempat lain ada tak..??

20. Satu masa dahulu Kampung Jawa adalah tempat shopping paling popular bg zaman mak2 kita dulu


21. Kat Melaka banyak nama tempat yang pelik2 contoh Bukit Baru, Bukit Beruang, Bukit Katil, Bukit Senggeh, Tiang 2, Simpang 4, Paya Rumput, Semabok, Kandang,Duyong, Sungai Petai, Sungai Putat, Air Leleh, Batang Melaka 18SX sungguh....

22. Bukit Cina adalah kawasan perkuburan tapi mesti ada acara merentas desa lari atas tu. Lari la kat jalan raya ke, tepi pantai ke..

23. Sesetengah org Melaka suka cakap corner & tak direct walaupun maksud dia sama. Contoh instead of cakap "bapak kau", diorg akan cakap "mak kau punya laki"

24. Asam pedas Melaka lain sikit dari negeri lain sebab diorg blend sekali bahan2 asas dengan belacan & serai

Ni lah antara fakta yang aku dapat daripada forum daripada mereka2 yang pernah stay, kerja,belajar or bercuti kat Melaka... nak tergelak pun ada, maybe ada betulnya orang luar Melaka akan rase pelik tapi kami orang Melaka x rase pelik sebab dah biasa kot..he3

Fakta2 di atas ini bukanlah betul semuanya tapi ada yg betul....lalalalalala

Kandid kat Jonker Walk











Nie time aku jalan2 kat Jonker walk minggu lepas, saje2 lama x pi sana..... macam biasa setiap minggu (jumaat,sabtu n ahad malam) memang dok ramai pelancong...macam2 ada, aku just ronda2 jer tgk gelagat orang.....

Thursday, 11 March 2010

Undang-undang seluruh dunia


SINGAPORE:* Serba serbi dilarang dan denda


SWISS :* Dilarang berkebun di hari minggu.


SWEDIA :* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.


MALAYSIA :* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang.


THAILAND :* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.