Wednesday, 12 August 2009

Asam Pedas Melaka














Video selebriti try masak asam pedas ikan pari.....!
Asam Pedas Perhentian Kuih Kampung

Kalau anda ke Melaka, semestinya anda tahu yang makanan wajib akan dicuba adalah asam pedas. Tetapi dalam banyak-banyak asam pedas yang terdapat di Melaka, saya cadangkan anda supaya mencuba asam pedas di Perhentian Kuih Kampung yang terletak di Ujong Pasir.
Hidangan asam pedas disini disediakan dalam bentuk set yang disertakan nasi putih, telur masin dan sayur taugeh. Terdapat beberapa jenis ikan bagi masakan asam pedas iaitu ikan kembong, tenggiri, parang, jenak, kepala jenak, pari, telur ikan dan juga tetel (daging dengan lemak).
Bagi saya, asam pedas disini tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair dan itu membuatkan ia boleh dinikmati oleh semua golongan. Dengan menggunakan ikan segar, semestinya anda dapat merasai keenakkan tidak terhingga dalam hidangan asam pedas yang disediakan.
Harga bagi setiap hidangan bergantung kepada jenis ikan diminta. Disini juga menjadi tumpuan bagi pengemar kuih-muih kerana terdapat lebih dari 10 jenis kuih dijual.

sumber: ilovemelaka

Belacan Dan Cencaluk Melaka



















Sejak 20 tahun lalu, nama pantai Klebang, di sini seolah-olah sudah sinonim di kalangan pelancong dan masyarakat tempatan sebagai pusat penjualan cencaluk dan belacan, iaitu makanan tradisional Melaka yang terkenal.Kewujudan lebih 16 gerai menjual cencaluk dan belacan bermula di Klebang Besar sehingga Tanjung Kling itu menjadikan produk tersebut sebagai bahan makanan yang 'mesti beli' sekiranya berkunjung ke kawasan itu. Jika anda ke Melaka, berkunjunglah ke pantai Klebang dan pastikan belacan Melaka dibawa pulang bersama.

Video pelancong singapura beli belacan, cencaluk, dodol dan gula melaka.....


sumber: ilovemelaka