Monday, 22 June 2009

TaRiaN PorTuGiS




PeNaRi PorTuGiS AsaL


Tarian Portugis ada kaitannya dengan sejarah pemerintahan Portugis di Melaka. Terdapat dua jenis Tarian Portugis ini iaitu Tarian Branyo dan Tarian Farapeirra. Kedua-dua tarian tersebut ditarikan di majlis-majlis perkahwinan, hari-hari perayaan dan temasya keramaian. Tarian Farapeirra merupakan tarian muda mudi. Ia ditarikan secara berpasang-pasangan iaitu lelaki dan wanita. Penari-penari wanita memakai pakaian gaun labuh, blous yang berenda. Penari lelaki memakai pakaian yang dipanggil Bolero iaitu "waist-coat" berenda dan bersusun dengan motif-motif bunga. Bentuk seluarnya kelihatan ketat dan berwarna hitam, bergaris panjang ditepinya. Selain itu ia dilengkapi dengan kain "skaf" yang dipakai dileher serta memakai topi kecil di kepala. Ketika menari kadang-kadang topi digantung di bahagian belakang badan. Alat muzik ialah terdiri daripada gitar dan tamborin.

EyE On MaLaYSiA MeLaKa


Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam merasmikan 'eye on malaysia melaka'...


PaNoRaMa MaLaM


PaDa MaLaM PeRaSmiaN



PanDanGaN PaDa WakTu SianG




KeInDaHaN PaDa WakTu PaGi




PaDa WakTu PeTanG




MaTaHaRi TerBeNaM LeWaT PeTanG



Eye on Melaka yang beroperasi telah menjadi ikon baru bandaraya bersejarah melaka. Buaian berputar yang didirikan di hilir sungai Melaka memberi peluang pelancong menikmati bayu laut Selat Melaka.