Sunday, 21 June 2009

KeBaYa NyonYa

buku koleksi kebaya nyonya oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood


Tiga dara berbaju kebaya dan bersarung batik


sulaman penuh pada baju kebaya

sebuah toko menjual kebaya nyonya di melaka



pelbagai jenis kebaya, pelbagai warna, sulaman dan corak


sulaman halus baju kebaya

muzium kebaya nyonya melaka



gadis cina peranakan melaka di dapur



baju kebaya diperagakan di hadapan kedai di melaka


KEBAYA DAN ASAL-USULNYA

Bagi memahami asal-usul kebaya Nyonya, perlu diselusuri susur galur dan meninjau zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka.

Zaman itu juga merupakan zaman kegemilangan Peranakan Cina, sekumpulan kecil pedagang Cina yang menggabungkan pengaruh Cina dan Melayu ke dalam budaya dan gaya hidup mereka.

Budaya inilah yang telah melahirkan kebaya.Masyarakat Peranakan Cina yang bertapak di Negeri-Negeri Selat, iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura membina kehidupan di sekitar kawasan di mana Britain mendirikan penempatan perdagangan mereka.

Di sini, para pedagang Cina membina kediaman dan mengecap kemakmuran.

Kaum lelaki masyarakat ini digelar Baba manakala kaum wanita dikenali sebagai Nyonya.Ramai ahli sejarah percaya bahawa Baba telah mengahwini campuran wanita dari Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Jawa, Sumatera, Burma dan Thailand dan menjadikan mereka Nyonya pertama.

Anak gadis Nyonya ini kemudian dijodohkan dengan teruna Baba.Kumpulan ini menjadikan minat terhadap nilai-nilai keanggunan dan kesenian dalam kehidupan sebagai satu budaya.

Ini dapat dilihat daripada perhiasan indah dalam rumah, barang-barang tembikar, perkakas perak, barang kemas dan juga sulaman dan jahitan manik pada sarung bantal, hiasan dinding dan juga kebaya yang tampilkan.

Sejak kecil, Nyonya diasuh oleh golongan tua dalam keluarga menjadi isteri seorang Baba yang dihormati.

Paling penting, mereka mesti mempunyai penampilan yang baik, penampilan menarik dalam berpakaian terutama ditemukan dengan bakal suami atau mentua.

Selepas berkahwin, Nyonya menjadi suri rumah yang menetapkan peraturan, adat resam dan juga pantang larang sendiri.

Tata tertib dan peraturan gaya hidup Nyonya dapat dilihat daripada keanggunan dan kehalusan sulaman kebaya yang dijahit oleh wanita yang mempesonakan ini.

Dengan cara ini, peranan kebaya Nyonya bukan sekadar menjadi pakaian yang cantik, tetapi juga mencerminkan budaya Baba dan Nyonya dan bukti kegemilangan zaman silam.


SeKiTaR SunGaI MeLaKa......



bot untuk menyusuri sungai melaka, tiket rm10, time promosi rm5



untung2 nasib bagi yang rajin korek2 sungai melaka bole jumpa benda2 mcm nie....


masa pesta sungai melaka


pemandangan sungai melaka dari udara


sungai melaka waktu malam


dihiasi lampu2 neon


jambatan di sungai melaka


pejalan kaki sepanjang sungai melaka


limpahan lampu2 neon


bot sedang menyusuri sungai


pemandangan kampung morten di tebing sungai


gabungan pelbagai cahaya lampu


di tebing sungai area bangunan merah


sungai melaka waktu siang


Ini pemandangan sekitar sungai melaka yang terbaru, apalagi jomlah melancong ke negeri melaka....

Selain boleh berjalan kaki mengikuti kaki lima yang dibina sepanjang sungai, kita juga boleh menyusuri sungai dengan menaiki bot yang disediakan.....tiket bot rm10 untuk 45 minit kira berbaloi kan...

Best time menyusuri sungai melaka pada aku waktu malam lah, sebab selain cuaca lebih sejuk pemandangan lebih menarik melihat lampu2 neon.....