Sunday, 14 June 2009

RoTi JaLa...SeDap NyeR...!

RoTi Jer? MaNe KuaH NyeR?

YanG Nie aDa KaRi AyaM SeKaLi



MaCaM SeDaP JeR!


Ini RoTi JaLa StyLe KaLo Kat HoTeL2.....




SeDaP NyeR.....

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

450g tepung gandum
1 camt garam
1/2 camt serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur (di pukul sedikit )
450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
2 camb mentega cair
minyak untuk melenser
acuan roti jala


Cara-cara

Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya.

Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya.

Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.

Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.

Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali.

Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal.

Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan.

Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.

Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.



Roti Jala style baru 1

video

Roti Jala style baru 2

video

NaSi LeMak......PaNas!

Nie LaH NaSi LeMaK 50 Sen.....


KaLo YanG 50 Sen DaLaM Nya MaCaM NiE



KaLo MaCaM Nie HarGa rm1 - rm1.50....



NaSi LeMak SamBaL AYam rm2.50 - rm3.00



NaSi LeMaK TeLoR Mata rm1.00 - rm2.00



NaSi LeMaK TeLoR MaTa & SamBaL SoTonG rm2.00 -rm3.00..... SeDaP Nyer!


Bahan-Bahan:
Bahan Nasi Lemak:500 gm beras ( dikosek & ditoskan)3 ½ cawan santan Garam secukup rasa 3 helai daun pandan (disimpulkan)Sajian-sajian Tambahan:125 gm kangkung (dicelur & ditoskan)2 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris)1 biji sedang timun (dipotong tebal-tebal)90 gm kacang tanah (digoreng & dikupas kulitnya)250 gm ikan selar kuning (diperap & digoreng)1 sudu serbuk kunyit (digaulkan,untuk memperasakan ikan)Garam secukup rasa

Bahan Sambal:125 gm ikan bilis kerin (disiang, direndam & ditoskan)125 gm bawang merah 60 gm lada kering (direndam & ditoskan)6 biji buah keras 5 cm belacan (dibakar) 2 sudu minyak makan 1 batang serai (dititik)1 cawan santan 1 sudu gula pasir Garam & serbuk perasa secukup rasa ¾ cawan air asam jawa pekat


video

Nasi Lemak panas daun pisang.....

AiS KaCang......

YanG Nie AdeR AisKriM

YanG Nie AdeR ExTra JaGunG MaNiS


AisKriM LaGi

YanG Ni SpeCiaL Ada LaiCi KaT AtaS



YanG Ni Ada ExTra Cha-Cha LaGi

Bahan-bahan ( 1 org )
2 gelas penuh ais kiub
1 cawan dadih apa2 perasa (cincang sedikit)
1/4 biji epal hijau (buang kulit dan dadu kecil)
2 biji fig/ara kering (dadu kecil)
10 biji kacang gajus yang dipanggang
Air gula warna merah secukupnya
Air gula perang secukupnya
2 sudu jagung 'cream style'
Susu pekat manis secukupnya
Cara-cara
Masukkan dadih, epal, fig, kacang gajus dan jagung ke dalam mangkuk.Masukkan ais kiub dan sedikit air dalam blander.Kisar hingga halus.Tuangkan ais yang telah hancur ke dalam mangkuk berisi bahan campuran tadi.
Siramkan ais ini dengan air gula merah dan perang serta susu pekat.Siap utk hidangan.



















CendoL.....sedapnyer..

CenDoL BiaSa


CenDoL GuLa MeLaKa.....TeRanGKaT BeB!


StyLe BaRu DaLaM GeLaS



YanG Nie MaCaM X CuKuP BaHaN JerK KaN?


NamPaK SeDap TaPi WarNa CenDoL NyeR KuRenG LaK



Bahan-Bahan:
1 santan (dari 1 ½ biji kelapa) sedikit garam

Bahan Cendol
20 helai daun pandan } dikisar 500ml air } & ditapis sedikit pewarna hijau 1 camt. air kapur 150 g. tepung kacang hijau 1 camB. tepung beras 430 ml air Bahan Air Gula 300 g. gula melaka (dicincang) 100 g. gula pasir 250 ml air 2 helai daun pandan (disimpul)

Cara:

1. Untuk membuat cendol. Campur air daun pandan, pewarna hijau, air kapur, tepung kacang hijau, tepung beras dan air hingga tidak bergentel.

2. Kacau di atas api sederhana hingga kental dan berkilat.

3. Sediakan semangkuk besar air sejuk. Letak acuan/tapisan cendol di atas mangkuk.

4. Tuangkan bancuhan yang sudah masak tadi kemudian tekan dengan senduk untuk mendapatkan bentuk cendol.
Biar 15 minit sebelum dituskan dan disimpan di dalam peti sejuk.

5. Untuk membuat air gula. Jerang semua bahan hingga gula larut. Biar sejuk.

6. Untuk menghidangnya, letak cendol di dalam gelas, tambah kiub ais. Tuangkan santan bercampur garam dan air gula

video

LakSa....YuM2!

LakSa..... KeCuR AiR LiuR Lah


GuNa PenYePiT PuN Ok...


LakSa LeMaK



LakSa LeMak Ada UDanG Lah


LakSa KeDaH SeDap NYeR......


Bahan-Bahan:

250 gm mee laksa (dicelur & ditoskan) 1,35 santan cair 250 gm ikan tenggri cabut tulang 250 gm ikan parang cabut tulangsantan pekat Garam secukup rasa

Bahan Tabur:250 gm taugeh (dibuang ekornya & dicelur)2 labu besar bawang besar (dihiris tipis) 2 biji sedang timun (dibuang kulitnya & empulurnya; dihiris tipis)60 gm daun kemangi90 gm daun selasih 30 gm daun kesum 10 batang lada kering (direndam digiling untuk dijadikan pes1 sudu garam


Bahan Giling:2 batang serai (dihiris halus)2 ulas bawang putih 12 batang lada kering (direndam & ditoskan)2.5 cm lengkuas 10 ulas bawang merah 1 sudu lada hitam 2.5 kunyit hidup ¼ biji kelapa (diparut)¼ biji kelapa (diparut & direndang) 2 cawan ketumbar (direndang)

Cara:

Campurkan bahan giling ke dalam santan cair.
Giling kedua-dua jenis ikan tadi &b campurkan.
Rebuslah selama 30 minit.
Kemudian kecil api & didihkan perlahan-lahan selama 30 minit.
Kacau selalu.
Masukkan santan pekat & garam.
Masaklah dengan berkacau-kacaiu hingga pekat.
Kecilkan api Tutup periuk itu & biarkan.

Untuk menghidangkannya:
Letakkan sedikit mee laksa dalam mangkuk-mangkuk yang berasingan.

Campurkan sedikit bahan tabur di atasnya.

Tuangkan kuah di atasnya & hidangkan dengan segera.

































Mee GoReNg

Mee GoRenG MaMak TeLoR MaTa


Mee GoRenG UDanG NgaN CiLi JeRuK.....


Mee GoRenG BaSaH


Mee GoRenG UdanG......



Mee GoRenG BerSaMa SoTonG LaH.....YuM2!


Bahan-Bahan:
bawang besar bawang putih cili giling ayam/sotong/daging kicap manis fish ball
sos cili sos tiram kicap pekat sawi,taugeh,tomato telur

Cara:

mula2 panaskan minyak tumis bawang besar dan bawang putih yang telah digiling dan cili giling kemudian masukkan sos cili,sos tiram,kicap pekat,kicap manis

kemudian masukkan ayam/daging/sotong masukkan sedikit air kemudian biarkan bahan2 tadi sehingga masak.

kemudian masukkan secubit gula dan masukkan mee serta sayur-sayuran supaya tidak layu sayur itu masukkan utk kali terakhir.

kacau hingga sebati dan pecahkan telur jangan gaul sekali biar telur masak sedikit kemudian sedia untuk dihidangkan


video

Chicken Chop YuM2!

NiE NGaN SoS BiaSe Jer.... KuRenG LaH


NiE NGaN MushRooM SoS



NiE PuN GuNa SoS CenDaWan GaK.....


YanG NiE NGaN BlacK PaPer SoS (PeDaS CKiT!)


Bahan-bahan ( 2 orang )
*UNTUK DIPERAP*
2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 cm halia (cincang)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos Lee & Perrins
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
garam secukup rasa
*SOS BLACK PEPPER*
1/2 botol sos lada hitam
2-3 sudu besar sos tiram
3-4 cendawan butang (cincang)
1/2 biji bawang besar (cincang)
garam/gula secukup rasa

Cara-cara

gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman.

Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.

selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam.

Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.

balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).

lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.

tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.

caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.














NaSi Ayam best!

NaSi AYaM BiaSe


NaSi AYaM StyLe Jawa CkiT


NaSi AYaM HaiNaN (AYaM DiKuKus)


NaSi AYaM (BereMPaH)


Bahan-Bahan:

1 kg beras500 gm lemak ayam200 gm bawang merah - dimayang200 gm bawang besar - dimayang100 gm bawang putih - diketuk3 helai daun pandan

1 ½ liter stok ayam50 ml minyak bawang putihSedikit garamSedikit lada sulahSedikit gula

Cara:

Cara memasak ayam:1 ekor ayam (1.6 kg)Didihkan air dan rebus ayam selama 45 minit.

Keluarkan ayam daripada periuk dan toskan. Potong-potong dan boleh dihidangkanCara membuat sos cili:500 gm cili merah100 gm halia20 ml lemak/minyak ayam10 ml jus limau nipisGaram secukupnyaGula secukupnya

Campurkan kesemua bahan hingga sebati

Cara membuat sos halia:600 gm halia muda100 ml minyak ayamGaram secukupnyaGula secukupnya

Campurkan kesemua bahan hingga sebati

Cara Memasak:

Panaskan minyak bawang putih. Tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar.

Setelah naik baunya masukkan lemak ayam dan daun pandan.Masak beras dengan stok ayam berserta dengan bahan-bahan yang telah ditumis.

Kemudian masukkan garam, lada sulah dan gula. Masak nasi sehingga tanak.



video

Bangunan Stadthuys


Bangunan StadthuysBandar Hilir, MelakaBangunan Stadthuys yang dibina pada 1650 merupakan peninggalan orang Belanda yang menggunakannya sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan pegawai-pegawainya. Warna asal bangunan ini ialah putih tetapi ia kemudiannya di cat merah agar dapat dipadankan dengan Gereja Christ yang berdekatan.
Bangunan ini yang terletak di Bandar Hilir kini dijadikan kompleks muzium yang mempunyai lima buah muzium berasingan di dalamnya. Muzium-muzium tersebut adalah:
Muzium Sejarah dan Ethnografi
Galeri Laksamana Cheng Ho
Muzium Sastera
Muzium Pemerintahan Demokrasi
Muzium Yang Di-Pertua Negeri



video

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan


Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan terletak di Bandar Hilir, Melaka dan berhampiran dengan tempat-tempat bersejarah yang lain seperti Kota A'Famosa dan Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka. Berhadapan dengan memorial ini ialah Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ini telah dibuka dengan rasminya pada 31 Ogos 1985 oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.
Memorial ini yang bertempat di dalam bangunan yang dibina pada 1911 ini adalah untuk mengenang dan memperingati jasa dan pengorbanan para pejuang kebebasan dan kemerdekaan dari penjajah.

Pameran di bangunan ini juga meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Di antara barang pameran ialah dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, keratan akhbar dan bahan artifak seperti cap mohor, keris yang berkaitan dengan perjuangan mencapai kemerdekaan.



Gereja St. Paul


Gereja St. Paul
Gereja ini dibina oleh seorang kapten Portugis iaitu Duate Coelho. Orang Portugis menamakannya “Our Lady of the Hill” tetapi pihak Belanda kemudian menamakannya semula sebagai “Gereja St. Paul’s”. Ia juga digunakan sebagai tempat persemadian bangsawan Belanda.
St. Francis Xavier yang meninggal dunia di pantai Negara China pada tahun 1552 telah disemadikan di sini buat seketika di dalam kubur yang terbuka sebelum dipindahkan ke Goa, India. Patungnya yang dibina di Melaka tidak mempunyai tangan kanannya yang menunjukkan bahawa mayat beliau di Goa tidak mempunyai tangan kanan.

Pada 1952, Biskop Macau membuat keputusan untuk meletakkan patung St. Xavier di depan Gereja St. Paul. Sebuah patung marmar ditempah di Itali dan diukir oleh pengukir Itali terkenal, G Toni, dan ia telah siap untuk perayaan seratus tahun keempat pada Mac 22, 1953.

Gereja St. Francis Xavier



Gereja St. Francis Xavier
Gereja St. Francis Xavier ini telah dibina oleh Paderi Farve, seorang rakyat Perancis pada tahun 1849. Gereja ini terletak di Jalan Laksamana. Menara gereja ini dibina khas bagi memperingati St. Francis Xavier yang dikenali sebagai Mubaligh Sulung di Timur. Beliau dikenang kerana kerja-kerja dakwahnya yang menyebarkan agama Katholik di Asia Tenggara pada kurun ke-16.

Gereja Christ


Gereja Christ
Gereja Christ yang berwarna merah ini telah dibina pada tahun 1753. Ia dibina berdasarkan kehebatan reka bentuk seni bina Belanda. Setiap satu kasau di ruang ibu diukir daripada sebatang pokok manakala kerusi gereja itu yang dibuat dengan tangan itu masih kekal dan sudah berumur lebih kurang 200 tahun.
Terdapat juga batu nisan pada lantai gereja dengan tulis Armenia. Tarikan-tarikan lain yang terdapat di sini adalah termasuk alang yang dibina tanpa penyambung, kitab Bible Bras dan gambar 'Last Supper' pada jubin glis.
Bayaran Masuk:
Masuk adalah percuma tetapi anda digalakkan menderma untuk penjagaan gereja ini.

Bukit St. John


Bukit St. John (Bukit Senjuang)
Kubu St. John telah dibina oleh orang Belanda pada 1760 untuk melindungi daripada serangan daripada arah darat. Pada masa itu, orang Melayu yang gelisah sudah mengatur langkah untuk cuba menyerang Melaka. Inilah sebabnya Kubu St. John mempunyai satu ciri yang tersendiri iaitu meriam yang menghadap ke pedalaman. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa meriam yang menghadap ke laut.

Kubu ini yang terletak di atas Bukit Senjuang merupakan tapak gereja kecil yang ditujukan kepada John the Baptist. Pada masa ini, perayaan St. John the Baptist masih diraikan oleh orang Katolik pada 23 Jun dengan penyalaan ribuan lilin di rumah-rumah di bandar ini.

Perkampungan Portugis


Perkampungan Portugis

Perkampungan Portugis juga dikenali sebagai Mini Lisbon. Ia terletak 5km dari Bandar Melaka iaitu di Ujong Pasir, Melaka. Perkampungan ini mempunyai kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada 116 buah keluarga yang berbangsa Portugis dan mula bertapak di Melaka pada tahun 1930. Perkampungan ini meliputi keluasan 13 ekar dengan 8 ekar daripadanya terdiri daripada penempatan penduduk dan selebihnya telah didirikan sekolah, padang dan taman permainan kanak-kanak. Ia merupakan sebuah perkampungan yang unik mengenai kehidupan masyarakat Portugis pada abad ke-16 dan mereka masih mengamalkan bahasa, budaya, lagu dan tarian Portugis sehingga hari ini.




Muzium Maritim


Kompleks Muzium Maritim (Flor de la Mar)
Kompleks Muzium Maritim ini merangkumi Muzium Samudera Fasa I, Muzium Samudera II, Muzium Tentera Laut Di-Raja Malaysia dan Bekas Kapal KD Sri Trengganu
Muzium Samudera Fasa I
Muzium Samudera Fasa I adalah sebuah replika kapal Flor de Lamar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 13 Jun 1994. Muzium Samudera ini terletak di Jalan Quayside berhampiran dengan muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. Muzium ini mempamerkan sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya
.

Kota A'Famosa


Kota A’Famosa (Porta de Santiago)
Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.
Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.

Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka. Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana “ANNO 1670” boleh dilihat pada pintu gerbang itu.

Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa pencerobohan Belanda. Apabila ia bertukar tangan kepada pihak British, mereka amat berwaspada mengenai pengekalannya dan mengarahkan kubu itu dimusnahkan. Ia hampir musnah keseluruhannya apabila Sir Stamford Raffles yang melawat Melaka dan campur tangan untuk menyelamatkan pintu gerbang daripada dimusnahkan kerana minat beliau terhadap sejarah.




Bukit China


Bukit China
Bukit Cina merupakan sebuah bukit yang mana dahulunya adalah penempatan orang Cina yang terawal di Melaka. Ia seluas 26 hektar dan merupakan kubur Cina yang terbesar di luar Negara Cina. Ia mengandungi lebih kurang 12,500 kubur dan banyak daripada batu nisan di situ dikatakan wujud sejak dari Dinasti Ming.
Pada pertengahan kurun ke-15, Puteri Hang Li Po, cicit Maharaja Yong Lo, Maharaja Cina Dinasti Ming, telah dihantar ke Melaka untuk berkahwin dengan Sultan Mansur Shah pada tahun 1459 bagi mengukuhkan lagi hubungan diplomatik di antara Melaka dan Negara Cina. Baginda Puteri membawa bersamanya rombongan pengiring seramai 500 orang. Bukit Cina, merupakan hadiah daripada Sultan Mansur Shah dan telah dijadikan tempat tinggal mereka sehingga kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.


Makan Tun Teja


Makam Tun Teja
Tun Teja atau Tun Teja Retna Benggala adalah anak kepada Seri Amar Diraja, Bendahara Negeri Pahang. Beliau sebenarnya tunangan Yang Dipertua Pahang, Sultan Abdul Jalil. Mengikut Sejarah Melayu, Tun Teja telah dilarikan dari Negeri Pahang dan diyakinkan oleh Hang Tuah untuk mengahwini Sultan Mahmud Shah.
Hasil perkahwinan ini, baginda telah dikurniakan Putera Amar Dewi. Semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka ke Bentayan (Muar) akibat serangan Portugis, Tun Teja mangkat dan dimakamkan di sini dengan penuh kehormatan.