Wednesday, 19 August 2009

Kisah tini, rafidah dan celini......

Pasti anda tertanya-tanya apa pula topik yang akan menjadi perbualan untuk rancangan 3R minggu ini kan? Ehh..kenapa muka Tini, Rafidah dan Celina macam sedih je tu? Tertinggal bas ke? Nak pergi mana pula ya? Aduh, susah la kalau kena tinggal bas ni. Nak kena fikir jalan lain pula untuk menuju ke destinasi yang telah dirancangkan. Apa pula la yang di marahkan oleh Rafidah tu..ishh, mesti ada yang tak kena ni. Tengok tu, Celina pula macam terkejut je. Apa yang telah berlaku?

tini

celina

rafidah

saksikan video mereka bertiga semasa di Melaka...
video

HOTEL PURI TEMPAT MEREKA MENGINAP.....!

ADDRESS 118 Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka, Malaysia. Tel:(+606)2825588 Fax:(+606)2815588 )

http://www.hotelpuri.com/

Jalan-Jalan Di Jonker walk Melaka.....



















sumber: utusan melayu & http://razaklatif.com/blog/

video

Friday, 14 August 2009

Pengantin 'Cool'






Pengantin outdoor pada waktu malam...

sumber: http://razaklatif.com/blog/

video

Thursday, 13 August 2009

Shah Rukh khan dapat DATUK











PELAKON Bollywood, Shah Rukh Khan (gambar) merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70


video

Shah Rukh Khan dapat Datuk


MELAKA 10 Okt 2008. – Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.
Penganugerahan itu menjadikan Shah Rukh Khan, yang dilahirkan di New Delhi pada 2 November 1965, artis Bollywood pertama ber gelar Datuk.
Beliau yang terkenal menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai (1998) mempunyai ijazah sarjana dalam bidang komunikasi dari Jamia Millia Islamia University.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadun Basiron berkata, DMSM dianugerahkan bagi mengenang jasa Shah Rukh Khan dalam bidang seni dan perfileman di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia.


Wednesday, 12 August 2009

Asam Pedas Melaka














video
Video selebriti try masak asam pedas ikan pari.....!
Asam Pedas Perhentian Kuih Kampung

Kalau anda ke Melaka, semestinya anda tahu yang makanan wajib akan dicuba adalah asam pedas. Tetapi dalam banyak-banyak asam pedas yang terdapat di Melaka, saya cadangkan anda supaya mencuba asam pedas di Perhentian Kuih Kampung yang terletak di Ujong Pasir.
Hidangan asam pedas disini disediakan dalam bentuk set yang disertakan nasi putih, telur masin dan sayur taugeh. Terdapat beberapa jenis ikan bagi masakan asam pedas iaitu ikan kembong, tenggiri, parang, jenak, kepala jenak, pari, telur ikan dan juga tetel (daging dengan lemak).
Bagi saya, asam pedas disini tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair dan itu membuatkan ia boleh dinikmati oleh semua golongan. Dengan menggunakan ikan segar, semestinya anda dapat merasai keenakkan tidak terhingga dalam hidangan asam pedas yang disediakan.
Harga bagi setiap hidangan bergantung kepada jenis ikan diminta. Disini juga menjadi tumpuan bagi pengemar kuih-muih kerana terdapat lebih dari 10 jenis kuih dijual.

sumber: ilovemelaka

Belacan Dan Cencaluk Melaka



















Sejak 20 tahun lalu, nama pantai Klebang, di sini seolah-olah sudah sinonim di kalangan pelancong dan masyarakat tempatan sebagai pusat penjualan cencaluk dan belacan, iaitu makanan tradisional Melaka yang terkenal.Kewujudan lebih 16 gerai menjual cencaluk dan belacan bermula di Klebang Besar sehingga Tanjung Kling itu menjadikan produk tersebut sebagai bahan makanan yang 'mesti beli' sekiranya berkunjung ke kawasan itu. Jika anda ke Melaka, berkunjunglah ke pantai Klebang dan pastikan belacan Melaka dibawa pulang bersama.

video
Video pelancong singapura beli belacan, cencaluk, dodol dan gula melaka.....


sumber: ilovemelaka